Monday, February 8, 2010

Ahlan wa Sahlan

16 Januari 2010 merupakan detik permulaan bagi sebahagian dari pelajar lepasan SPM 2009. Ia merupakan tarikh permulaan pengembaraan ke alam universiti. Seramai 405 orang pelajar dari seluruh Malaysia telah hadir untuk mendaftarkan diri bagi sesi pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Kami warga UTP amnya dan Rakan Masjid (RM) khususnya mengucapkan “Selamat Datang” pelajar baru pengambilan sesi Januari 2010.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”(Surah Al-Hujurat: 13)

Hari ini dan saat ini merupakan titik tolak kepada bermulanya pembentukan seorang Muslim Professional yang cemerlang akademik dan juga sahsiahnya. Kehadiran kita disini adalah kerana izin Allah, yang memberi kita peluang untuk sama-sama mendalami ilmu yang sangat dituntut dalam agama. Semoga peluang yang datang tidak akan disia-siakan dan akan sentiasa berusaha untuk mencapai yang terbaik, cemerlang akademik dan sahsiah.

“..dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al Qur’an itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya, dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.”(Surah Al-Hajj: 54)

MAS 2010

Pendaftaran di Undercroft

Sabar menunggu giliran

Ibubapa menghantar anak-anak dengan penuh harapan

Ibu bapa meluangkan masa melawat gerai jualan cenderahati dari UTP sementara menunggu anak-anak menyelesaikan urusan pendaftaran

Dari pihak keluarga besar Rakan Masjid, kami amat mengalu-alukan dan berbesar hati menyambut kedatangan adik-adik sekalian. Bersama kita memakmurkan bumi UTP dengan melahirkan ahli-ahli akademik professional yang mempunyai aspirasi Islam yang tinggi. Sekiranya terdapat sebarang masalah, usah segan untuk menghubungi mana-mana ahli Majlis Tertinggi atau Majlis Eksekutif atau Ahli Jawatankuasa Rakan Masjid. Kami sedia menghulurkan bantuan.

0 comments:

Post a Comment