Monday, February 8, 2010

Program Adikku Sayang


Pada 6 hingga 7 Februari 2010 lalu, Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas telah mengadakan program motivasi "Program Adikku Sayang" yang bertempat di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Aziz(SMAA), Parit, Perak. Program hasil kerjasama dengan pihak pengurusan sekolah ini berkonsepkan "Motivasi Kecemerlangan Pelajar Islam" dan kumpulan sasarannya ialah pelajar Tingkatan 1 hingga Tinggalan 4 iaitu seramai 110 orang.
Program motivasi ini dirancang dan dijalankan dengan harapan agar dapat mendedahkan kepada para pelajar tentang cara belajar yang berkesan untuk menghadapi peperiksaan. Keinginan dan semangat mereka untuk belajar sangat tinggi, cuma mereka kurang didedahkan dengan teknik-teknik belajar yang betul. Selain itu, program ini juga dijalankan bertujuan untuk membantu mereka memahami matlamat pembelajaran dengan baik dan menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga keberkatan ketika belajar.

Seramai 5 orang muslimin dan 4 orang muslimat dari pihak Rakan Masjid UTP telah berkhidmat sebagai fasilitator untuk program ini. Secara ringkasnya, mereka bertolak dari UTP pada pukul 8.30 malam 6 Februari 2010 dan mereka disambut oleh Encik Rosli Din yang merupakan guru di Jabatan Bahasa SMAA(merangkap penyelia program), Ustaz Malik(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Fahmy(Warden), Puan Mardiana(Kaunselor), dan beberapa orang guru yang lain.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah sesi taaruf, qiamullail, tazkirah selepas solat berjemaah, ceramah motivasi dan modul dalam kumpulan.


Alhamdulillah, hasil kerjasama yang baik di antara para fasilitator dan guru, maka program yang dirancang ini telah berjalan dengan jayanya dan mencapai objektif yang disasarkan.

Sepanjang program ini, pihak sekolah telah memberikan layanan yang cukup baik kepada semua fasilitator termasuk kemudahan penginapan, makanan, dan peralatan. Hasil maklum balas dari pihak sekolah, mereka amat berpuas hati dengan penyampaian dan khidmat yang diberikan oleh para fasilitator dari Rakan Masjid UTP dan berharap agar program susulan dapat diadakan pada masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment